Hibah Amanah Tabung Haji

Berita baik! Tabung Haji (TH) sudah memberi nilai tambah perkhidmatan hibah amanah kepada pemegang akaun TH.

Kemudahan ini amatlah saya anjurkan terutama kepada pasangan yang masih mempunyai anak di bawah umur 18 tahun.

Bergantung kepada keadaan financial standing anda, hibah amanah ini akan memudahkan aturan pemindahan milik baki akaun kepada anak anda, dan melantik penjaga atau disebut penama kepada harta anak tersebut.

Jika ditakdirkan berlaku kematian, dan sementara menunggu urusan harta pusaka selesai, hibah amanah ini akan memastikan peruntukan kewangan kepada anak boleh terus disalurkan, tanpa melalui urusan harta pusaka.

Hibah amanah bukanlah shortcut atau jalan pintas kepada urusan pusaka, akan tetapi ia adalah usaha kita, untuk mewujudkan provision untuk anak tersebut, tanpa sekatan atau gangguan pihak lain.

Provision adalah objektif dalam perancangan harta pusaka, dan salah satu instrumen yang digunakan untuk membuat provision adalah melalui hibah amanah ini.

Jadi, fikirkanlah dan peruntukan masa dan sedikit wang ringgit untuk menguruskan hibah amanah dengan pejabat Tabung Haji yang berdekatan.

Semoga bermanfaat.

Nota: Nukilan ini adalah perkongsian semata mata. Saya tidak mewakili Tabung Haji, saya bukan kakitangan Tabung Haji, saya cuma pendeposit Tabung Haji.

Published by Hanafiah

Elevating awareness above all else, material.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s